Welcome to Laksana Cergas Sdn Bhd Find Us
Perkhidmatan pungutan sampah dan pengasingan sisa domestik secara teratur serta sistematik dengan kaedah kitar semula merupakan industri yang penting di Malaysia. Untuk mengatasi masalah lambakan sampah yang meruncing di negara ini, proses pengolahan semula bahan buangan untuk menghasilkan barang baru dengan kaedah kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah (dari pembakaran), pencemaran air (dari tapak pelupusan) dan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan produk baru yang menggunakan banyak bahan mentah.
Bahan yang boleh dikitar semula kebanyakanya terdiri dari jenis kaca,kayu, kertas, logam, besi, plastik, elektronik dan pelbagai skrap. Bahan yang hendak dikitar semula sama ada dibawa dari tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan akan disusun, dibersih dan diproses serta dikilangkan semula menjadi barangan atau produk baru. Sebagai contoh, kertas pejabat terpakai boleh menghasilkan kertas pejabat yang baru atau besi buruk boleh dilebur bagi menghasilkan besi baru.
Proses pengitaran semula bahan-bahan buangan dapat menjamin kebersihan alam sekitar, mengelakkan pencemaran bau dan melindungi kesihatan awam.
© Copyright 2020 All Rights Reserved