Welcome to Laksana Cergas Sdn Bhd Find Us

017-9591980 / 09-7409418
LOT 3143,KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN CHEPA II
Operation Hour
Sunday - Thursday, 8.30 am - 5.30 pm
We are towards
MS ISO 9001:2015 & 14001:2015
  • Electronics

    Recycling

    We can solve your corporate IT disposition needs quickly and professionally.
    Save Your community, Save Your planet

    About us
  • Save Your Planet

    Save Your community

    We can solve your corporate IT disposition needs quickly and professionally.
    Save Your community, Save Your planet

    Our services
  • Circular

    Economy

    We can solve your corporate IT disposition needs quickly and professionally.
    Save Your community, Save Your planet

    contact us

PW (B) MOHD DIN BIN HJ. DAUD

Director

Mula bertugas di Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Bharu pada Tahun 1970 sebagai Pembantu Am Rendah dan dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir ( PT ) pada tahun 1989. Sepanjang perkhidmatan dalam JPN, beliau banyak menghadiri kursus-kursus dan peperiksaan berkaitan bidang perkeranian. Beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali daripada Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.

Bersandarkan minat yang mendalam terhadap pasukan beruniform, pada tahun 1973, beliau memasuki Pasukan Simpanan Tentera Darat, Cawangan Pengangkutan (Angkut) dan telah banyak menghadiri kursus-kursus serta latihan-latihan medan di Seluruh Semenanjung Malaysia anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM) sehinggalah beliau dianugerahkan memegang jawatan tertinggi dalam lain-lain pangkat iaitu jawatan Pegawai Waran II. Beliau bersara wajib pada tahun 2004 setelah berkhidmat selama 31 tahun dengan cemerlang.

Beliau mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang perniagaan setelah bekerja di syarikat kontraktor selama beberapa bulan sebagai penyelia projek. Berkat ketekunan dan kesungguhan akhirnya beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat bersama rakan kongsi yang diberi nama Laksana Cergas Sdn. Bhd. Syarikat ini memilih bidang kontraktor skrap dan kejuruteraan awam, sebagai perniagaan utama. Perancangan masa depan akan mempelbagaikan cabang perniagaan.